Pelajar yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah
menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan
tinggi.
Pengajian Tingkatan 6 mengambil masa dua tahun (Tingkatan 6 Bawah dan
Tingkatan 6 Atas). Pelajar yang layak akan menerima surat tawaran dari
Jabatan Pendidikan Negeri. Jurusan yang ditawarkan di
Tingkatan 6 SMK Mutiara Rini ialah Jurusan Kemanusiaan sahaja. Terdapat tiga pakej mata pelajaran :
- Pakej 1 (Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi dan MUET)
- Pakej 2 (Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan, Ekonomi dan MUET)
- Pakej 3 (Pengajian Am, Geografi, Pendidikan Seni Visual, Pengajian Perniagaan dan MUET)
Pada akhir Tingkatan 6, pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).